Previous Next

MAYBANK CLASSROOM TAKEOVER

26 JUN 2024: Meraih kejayaan yang memberangsangkan dalam penganjuran Maybank Classroom Takeover yang telah dilaksanakan terdahulu bersempena Maybank Day 2024, program tersebut diteruskan lagi oleh Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) dan mendapat maklum balas positif daripada warga kampus universiti.

Pengarah CUIC, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam berkata, program yang diadakan selama dua hari bermula 26 sehingga 27 Jun lalu itu bertujuan memupuk pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar serta langkah proaktif dalam menyediakan platform kepada industri bagi mendekati bakat-bakat muda di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurutnya, kerjasama dengan pihak Maybank ini merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam usaha untuk menyediakan pelajar dengan pendidikan komprehensif yang menghubungkan teori dan amalan.

Katanya, melalui aktiviti yang dijalankan, ianya dapat memperkukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan perkongsian ilmu dan pengalaman oleh pihak industri sejajar dengan matlamat graduan berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bekebolehan bagi memenuhi kehendak industri.