Previous Next

PROGRAM MOBILITI DAN MAJLIS SUAIKENAL PENJAWAT SQS BERSAMA PELAJAR DARI UNIVERSITAS SYIAH KUALA, INDONESIA

12 Mei 2024 : SQS menerima lawatan seramai 10 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring dari Universiti Syiah Kuala (USK), Banda Aceh yang akan mengikuti program mobiliti di SQS mulai 12 hingga 19 Mei 2024.
Delegasi USK telah disambut mesra oleh Dekan, penjawat SQS dan ajk program di inasis PETRONAS petang tadi.
Hubungan baik dua hala ini diteruskan dengan lawatan balas seramai 10 pelajar SQS dan seorang pensyarah pengiring SQS yang akan ke USK pada 19 -24 Mei 2024 ini.