Previous Next

Staf SQS dan pelajar Mobiliti PhD dari Algeria berkongsi ilmu dalam pembentangan kajian PhD dan penulisan dalam MyCite

30 April 2024 : Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah mengambil inisiatif membudayakan aktiviti penulisan dan penerbitan di kalangan staf akademik SQS dengan menganjurkan bengkel penulisan artikel yang boleh diterbitkan dalam jurnal berindeks MyCite baru-baru ini.
 
Bengkel Write and Publish at MyCite telah berlangsung pada 30 April 2024 dengan penyertaan daripada staf akademik SQS yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Zahayu Md Yusof (Timbalan Pengarah CETMA UUM).
Turut berkongsi ilmu dalam bengkel ini adalah tujuh (7) orang pelajar PhD dari High School of Statistics and Applied Economics (ENSSEA), Algeria yang menjalani program mobiliti selama 2 minggu di SQS.