Previous Next

Riang Raya Syawal 2024

23 April 2024 : Majlis Hari Raya Aidilfitri Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) 2024 telah disambut dalam suasana yang meriah pada 23 April 2024. Majlis diadakan di laman Al-Batani SQS dan turut mengundang ramai kenalan dan rakan kerjasama bagi tujuan merapatkan ukhwah dan silaturrahim yang sedia ada agar terus terjalin erat dan harmoni.
Kemeriahan sambutan syawal di SQS kali ini dirasai apabila dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Naib Canselor UUM, Pengurus Besar TNB Alor Setar, wakil KWSP, DOSM dan sekolah-sekolah sekitar Kubang Pasu. Kemeriahan syawal ini turut juga dirasai dengan kehadiran delegasi pelajar mobiliti daripada High National School Of Statistics And Applied Economy (ENSSEA) Algeria seramai tujuh (7) orang pelajar PhD yang mengikuti program Mobiliti pelajar selama 2 minggu di SQS.
Dekan SQS, Prof. Dr Haslinda Ibrahim amat gembira atas kesudian semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis. Beliau mengharapkan majlis seumpama ini dapat mengeratkan ukhwan sesama staf dan mengekalkan kebersamaan di SQS sampai bila-bila.
Ucapan terima kasih kepada Kelab Kebajikan SQS atas inisiatif penganjuran Riang Raya Syawal SQS 2024.
Sekian.