Previous Next

BENGKEL PELAN STRATEGIK PUSAT PENGAJIAN SAINS KUANTITATIF (SQS)

4 Mac 2024 : Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah memacu langkah di awal tahun 2024 dengan mengatur strategi dan pelan tindakan bagi mencapai KPI Pelan Strategik dalam Bengkel Pelan Strategik SQS pada 4 dan 5 Mac 2024 di EDC UUM.

Bengkel telah dihadiri seramai 78 orang staf Akademik dan Pentadbiran SQS. Objektif bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada semua staf SQS berkaitan KPI yang telah ditetapkan oleh Universiti  serta membincangkan perkara baharu atau perubahan dalam Pelan Strategik SQS khususnya.

Staf dibahagikan kepada 11 kumpulan untuk  membentangkan strategi dan pelan tindakan masing-masing​ bagi setiap KPI mengikut Teras 1: Kecemerlangan Akademik; Teras 2: Kecemerlangan Penyelidikan; Teras 3: Kelestarian Komuniti dan Hubungan Industri; Teras 4: Kelestarian Kewangan; Teras 5: Kecemerlangan Perkhidmatan dan Teras 6: Graduan Holistik. Setiap kumpulan telah menyampaikan idea yang menarik dan pandangan yang bernas supaya KPI setiap teras boleh bertukar warna menjadi biru pada tahun 2024 ini.

Dekan, Prof. Dr. Haslinda Ibrahim menyarankan agar “the power of team” serta kerja keras semua staf SQS mampu meningkat pencapaian Pelan Strategik SQS berbanding tahun sebelum ini. SQS akan berusaha meningkatkan KPI dengan melaksanakan strategi dan pelan tindakan yang lebih realistik agar mampu bersaing dengan pusat pengajian lain.