KAYUHAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2023

KAYUHAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2023

12 SEPTEMBER 2023 :Bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan semangat mencintai tanah air sempena sambutan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September 2023, seramai 20 peserta dikalangan staf SQS telah menyertai program Kayuhan Merdeka dan Hari Malaysia 2023 sejauh 9.5 kilometer. Kayuhan bermula dari Pusat Sukan UUM dan mengikut laluan keris UUM dan kayuhan berakhir juga di Pusat Sukan UUM. Program ini telah dilaksanakan pada hari selasa iaitu 12 September 2023. Setiap peserta dikehendaki meletakkan bendera kecil pada basikal masing-masing. Peserta-peserta kayuhan dilepaskan dengan mengibarkan bendera Malaysia sebagai simbolik semangat setia dan cintakan negara. Budaya mengibarkan bendera Jalur Gemilang adalah satu perkara yang amat penting untuk disemai di dalam diri rakyat selain dari menghormati Jalur Gemilang kerana bendera negara ialah identiti negara bangsa, lambang kewujudan serta kedaulatan negara. Program ini juga dapat meningkatkan tahap kesihatan diri secara fizikal dan juga mental. Aktiviti berbasikal memerlukan kita mengayuh dan melihat persekitaraan sekeliling terutamanya di sekitar UUM supaya selamat dan tidak membahayakan. AKtiviti ini juga membantu staf SQS untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Program berkenaan telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) bersama dengan Kelab Kebajikan SQS dan ia merupakan acara sempena sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang sebagai menyahut seruan pengurusan tertinggi UUM agar menganjurkan pelbagai program yang bertemakan kemerdekaan bermula dari 15 Ogos 2023 hingga 16 September 2023.