RAKAN STRATEGIK HARI PENTERNAK, PELADANG DAN NELAYAN NEGERI KEDAH (HPPNK)

RAKAN STRATEGIK HARI PENTERNAK, PELADANG DAN NELAYAN NEGERI KEDAH (HPPNK)

1 - 5 JUN 2023 : Hari peladang, penternak dan Nelayan Negeri Kedah (HPPNK) telah pun berlangsung pada 1 Jun 2023 hingga - 5 Jun 2023 (Khamis hingga Isnin) yang lalu bertempat  di Stadium Darul Aman. Pihak Majlis Perbandaran Kulim telah menjemput rakan-rakan penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjayakan program tersebut sebagai rakan strategik MPKK. Jemputan tersebut telah disambut baik oleh rakan-rakan dari UUM yang membawakan set akuaponik kolam cermin + solar + iot yang di ketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Mat Yusof, Pensyarah SQS. Pamaren ini adalah merupakan pameran yang pertama kali penyelidik UUM membawakan set akuaponik lengkap untuk pameran di luar UUM. Sambutan dan kehadiran orang ramai di booth amat menggalakkan.