MAJLIS ANUGERAH DEKAN 2023

MAJLIS ANUGERAH DEKAN 2023

13 Jun 2023 : Majlis Anugerah Sijil Dekan dihadiri 122 orang pelajar daripada 206 orang penerima keseluruhan. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam keputusan peperiksaan semester A212 & A221. Majlis yang diadakan di Dewan Seminar , Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) turut dihadiri oleh Dekan SQS, Prof. Madya Dr. Mohd Kamal Mohd Nawawi bersama ahli Pengurusan SQS serta staf akademik. 

 
Dalam amanat dan ucapan yang disampaikan oleh Dekan SQS, Prof. Madya Dr.. Mohd Kamal Mohd Nawawi berkata, pelajar SQS perlu terus konsisten mengekalkan pencapaian yang diperolehi. Ianya penting bagi menjadikan SQS sebagai sebuah Pusat Pengajian yang cemerlang. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pelajar SQS yang berjaya. Beliau juga turut mengucapkan syabas kepada semua pensyarah SQS yang bertungkus lumus memastikan pelajar SQS berjaya dalam akademik. Majlis diakhiri dengan penganugerahan seramai 122 orang penerima anugerah yang hadir.