JAMUAN AIDILFITRI SQS

JAMUAN AIDILFITRI SQS

16 Mei 2023 : Kelab Kebajikan Pusat Pengajian Sains Kuantitaif (SQS) telah menganjurkan Jamuan Aidilfitri dan Majlis Bacaan Yaasin untuk kesejahteraan Staf SQS yang bakal mengerjakan haji pada tahun ini dan yang staf yang terlantar sakit. Majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran Dekan serta staf-staf akademik dan pentadbiran. Pelbagai menu dan juadah hari raya seperti ketupat, lemang, satey, nasi berlauk , kambing golek dan pelbagai juadah pemanis mulut turut disediakan.

Majlis keraian dan jamuan aidilfitri seperti ini akan lebih mengeratkan lagi tali silaturrahim antara staf keseluruhannya.