Bengkel Penyelidikan Geran KPT (SQS)

Bengkel Penyelidikan Geran KPT (SQS)

08 Februari 2023 : Satu Bengkel Penyelidikan Geran KPT telah dijalankan bagi peringkat Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) pada Rabu, 8 Februari 2023.

Bengkel ini dijalankan sebagai persiapan kepada para penyelidik SQS untuk menyediakan kertas cadangan bagi permohonan geran FRGS tahun 2023 serta membincangkan perkembangan penyelidikan sedia ada.

Dekan, Prof. Madya Dr Mohd Kamal Mohd Nawawi, memulakan program bengkel dengan menyatakan bahawa disamping sebagai perancangan bagi mencapai KPI universiti, warga SQS disaran memanfaatkan hasil kajian kepada masyarakat. Prof. Madya Dr. Syariza Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Perundingan turut memberi taklimat berkaitan geran FRGS serta menzahirkan penghargaan kepada semua peserta bengkel di atas komitmen yang diberikan.

Selain, itu. beberapa penyelidik turut berkongsi kertas cadangan penyelidikan bagi mendapatkan input dan maklum balas daripada penyelidik-penyelidik yang lain. Bengkel diteruskan dengan perbincangan dan penyediaan kertas cadangan penyelidikan. Bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan penyelidikan dalam kalangan staf akademik SQS, bengkel seperti ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.