CERAMAH "ANXIETY" & DEPRESI: KENALI DAN ATASINYA

CERAMAH "ANXIETY" & DEPRESI: KENALI DAN ATASINYA

 

Sintok, 23 Mac 2022 - Kehidupan di era pendemik banyak merubah sistem kerja warga UUM amnya dan SQS khasnya. Ada sesetengah staf akan mengalami tekanan dan ketakutan yang boleh menjejaskan mutu kerja seseorang. Menyedari masalah ini, Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (JKKP SQS) telah mengadakan satu ceramah yang berkaitan dengan tekanan dan ketakutan yang mungkin dialami oleh staf SQS. Ceramah ini telah dijalankan pada 23 Mac 2022 bertempat di Dewan Seminar SQS. Ceramah disampaikan oleh Puan Sabasiah Husin dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia. Beliua juga merupakan seorang kaunselor yang berdaftar.

Dalam ceramah tersebut, penceramah banyak membantu peserta dengan cara berkomunikasi dua hala di mana peserta perlu menyatakan apa ketakutan dan juga tekanan yang pernah di alami. Seterusnya penceramah memberikan alternative cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Keseronokan jelas terpancar di dalam hati para peserta dengan cara dan kaedah yang dilakukan oleh penceramah.

Jawatankuasa mendapati program ini dapat membantu staf SQS mengenalpasti dan jug acara untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi. Jawatankuasa juga bercadang untuk kembali menjemput Pn Sabasiah bagi siri ceramah kesihatan mental pada masa akan datang.