TALK FORUM: INTEL GSC-UUM SQS TECHNICAL SUPPLY CHAIN VIRTUAL PODCAST 2020

TALK FORUM: INTEL GSC-UUM SQS TECHNICAL SUPPLY CHAIN VIRTUAL PODCAST 2020

SQS Online: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) dengan kerjasama Intel Malaysia Sdn. Bhd telah menganjurkan Forum: Intel GSC-UUM SQS Technical Supply Chain Virtual Podcast 2020, bertajuk “Emerging Skillset and Soft skills to Thrive in Supply Chain Profession at Pandemic” pada 08 Disember 2020 secara atas talian (Webex).

Forum yang julung kali dianjurkan oleh SQS secara atas talian ini telah disertai lebih dari 250 orang terdiri daripada staf SQS dan pelajar UUM. Forum ini dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan Intel Malaysia Sdn. Bhd. Rata-rata pelajar sangat berpuas hati dengan penganjuran forum seumpama ini kerana ia dapat membuka minda mereka untuk lebih mengetahui tentang realiti dunia pekerjaan pada masa mendatang.

Sekian.