ZIARAH TAKZIAH KE ATAS KELUARGA ALLAHYARHAM INSYIRAH AZ-ZAHRA MOHD JASNI

ZIARAH TAKZIAH KE ATAS KELUARGA ALLAHYARHAM INSYIRAH AZ-ZAHRA MOHD JASNI

SQS Online: Lima orang staf Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah mengadakan ziarah takziah ke atas keluarga Allahyarham Insyirah Az-Zahra Mohd Jasni, pelajar semester empat Program Sarjana Muda (Statistik Industri) pada 22 Mei 2019 di Taman Ria Murni, Sungai Petani.

Kunjungan diketuai oleh Dr. Malina Zulkifli, Penyelaras Program Sarjana Muda (Statistik Industri) bersama dengan Dr. Rosshairy Abdul Rahman, Ketua Jabatan (Sains Pemutusan), Dr. Nor Aishah Ahad, Dr. Hazlina Hj. Ali dan Pn. Rosnalini Mansor. Dikesempatan itu, mereka turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada staf SQS kepada keluarga Allahyarham.

Semua warga SQS mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah.

Sekian.