ICOQSIA 2018 BERJAYA MENGUMPULKAN LEBIH 200 PENYELIDIK

ICOQSIA 2018 BERJAYA MENGUMPULKAN LEBIH 200 PENYELIDIK

LANGKAWI, 7-9 Ogos: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi berjaya menganjurkan International Conference on Quantitative Sciences & its Applications (ICOQSIA) untuk kali ke 5 pada 7-9 Ogos 2018. Persidangan antarabangsa bertemakan “Harnessing Analytics Towards Sustainable Society" telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Razamin Ramli merupakan kesinambungan daripada persidangan antarabangsa yang pertama kali diadakan pada 6-8 Disember 2005 di Pulau Pinang. Bertempat di deBaron Resort, Langkawi, Kedah, perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Ayoib bin Che Ahmad. Beliau dalam ucapan perasmiannya berkata, “tema persidangan telah dipilih dengan bijak untuk membina pembentukan minda yang hebat dalam mencapai agenda Revolusi Perindustrian Keempat (4IR)”. Kata beliau lagi, “4IR adalah teknologi baru yang menggabungkan tiga dunia iaitu dunia fizikal, dunia digital dan dunia biologi dengan matlamat untuk mencabar idea sedia ada”. Di akhir ucapan, beliau menyeru agar warga UUM dapat meningkatkan bilangan hasil penyelidikan, produk penyelidikan, dan memberikan tumpuan kepada proses pengkomersialan ke atas hasil penyelidikan serta pembangunan inovasi. Perasmian persidangan juga turut dihadiri oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Profesor Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya.

Lebih 200 kertas kerja penyelidikan berjaya dikumpulkan pada seminar ini merangkumi empat (4) sub-tema, iaitu Matematik,  Statistik, Statistik Gunaan, Teknologi, dan Penyelidikan Operasi. Selain sesi pembentangan seminar ini turut diisi dengan ucap utama bertajuk Contribution & Controversy of Statistics in Research, Development and Public Decisions oleh oleh Founding Chief Editor, Journal of Applied Probability and Statistics (JAPS), Prof. Dr. Shahjahan Khan daripada
School of Agricultural, Computational and Environmental Sciences, University of Southern Queensland, Australia.

 Klik untuk lihat album gambar.

Penulis:  Shamshuritawati Sharif
Gambar: Nur Athirah Ariffin