QS RANKING, RESEARCH & PUBLICATIONS: THE INSIGHTS

QS RANKING, RESEARCH & PUBLICATIONS: THE INSIGHTS

SQS, 16 Ogos: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif telah mengadakan Program Perkongsian Ilmu berkaitan ‘QS Ranking, Research & Publications: The Insights’ bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SQS. Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan (JK3P) dan JK QS Ranking ini lebih berbentuk perkongsian pengalaman daripada Lt. Col. (PA) Ts. Prof. Dr. Hajah Norazah Mohd Suki, Profesor dalam Pemasaran & E-Commerce di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia

Beliau turut menggunakan pendekatan penceritaan kisah pengalaman beliau sendiri supaya staf akademik SQS dapat memahami proses penjenamaan pensyarah dalam bidang kepakaran masing-masing secara menyeluruh. Beliau juga sempat mengupas tentang hala tuju perjalanan karier beliau supaya dapat dijadikan motivasi dan boleh membangkitkan semangat positif yang kental dan tidak kenal erti lelah kepada semua pensyarah SQS yang hadir.

Antara kejayaan beliau yang mampu menyuntik inspirasi termasuklah menerima pelbagai anugerah peringkat antarabangsa termasuklah IGI Global Winners of the Seventh Annual Awards Excellence in Research Journal, Highly Commended Paper pada tahun 2015 dan 2017 Emerald Literati Network Awards for Excellence, Best Paper Awards, serta Best Presenter Awards. Beliau juga telah dilantik sebagai mentor untuk pelajar pasca-siswazah serta telah menghasilkan lebih 300 kertas kerja dan hasil penyelidikan dalam pelbagai medium terutamanya jurnal  berwasit, bab dalam buku,buku berimpak tinggi serta kertas kerja di seminar berimpak tinggi.  Turut hadir adalah pengurusan SQS, Prof. Madya Dr. Syariza Abdul Rahman,Ketua Jabatan Sains Pemutusan,Prof Madya Dr Nazihah Ahmad,Ketua Jabatan Matematik & Statistik serta Dr Nerda Zura Zaibidi, Timbalan Dekan SQS. Turut hadir adalah Prof Dr Haslinda Ibrahim selaku Pengerusi JK QS Ranking, serta Dr Rosshairy Abdul Rahman,Pengerusi JK3P.

 Klik untuk lihat album gambar.

Penulis:  Nor Intan Sulaiman
Gambar: Norhayati Yusof