WORKSHOP SERIES: RESEARCH, INNOVATION & COMMERCIALIZATION

WORKSHOP SERIES: RESEARCH, INNOVATION & COMMERCIALIZATION

SQS, 16 - 17 Julai: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif telah mengadakan Bengkel 'A Structural Guide Towards High Impact Research and Innovation’ dan Bengkel ‘Commercialization: Moving Beyond Invention’ bertempat di Bilik Serbaguna SQS. Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan (JK3P) ini berbentuk perkongsian pengalaman daripada Prof. Madya Dr. Hajah Norma Binti Alias, Institut Ibnu Sina, Universiti Teknologi Malaysia. 

Beliau turut menggunakan pendekatan ‘hands-on' supaya peserta yang terdiri daripada staf SQS dapat memahami proses inovasi dan pengkomersilan secara ringkas. Beliau juga sempat mengupas tentang hala tuju penyelidikan yang relevan dalam perkembangan era 4iR semasa sesi ceramah yang bertajuk ‘Industrial Revolution 4.0 and Internet of Things’. 

Antara inovasi dan pengkomersilan yang menjadi sasaran bengkel ini ialah copyright, paten dan pelan perniagaan yang bersesuaian dengan kepakaran di SQS. Seramai 25 orang staf akademikSQS yang hadir menunjukkan komitmen serta bermotivasi tinggi dalam menghasilkan harta intelek masing-masing. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Razamin Binti Ramli, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM dan Prof. Dr. Engku Muhammad Nazri Bin Engku Abu Bakar, Pengarah Institute of Strategic Industrial Decision Modeling SQS.

 Klik untuk lihat album gambar.