Previous Next

Sesi Dialog dan Majlis Apresiasi Pelajar SQS 2025

 

Sintok, 14 Januari 2025 – Sesi Dialog bersama barisan AJK QUSAC dan Majlis Apresiasi Pelajar SQS telah berlangsung dengan penuh kejayaan di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) SQS. Majlis ini bertujuan untuk membincangkan perancangan persatuan serta wakil pelajar, di samping mengiktiraf sumbangan wakil pelajar dan peserta program mobiliti sepanjang tahun 2024.

Sesi dialog dimulakan dengan pembentangan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SQS dan Ahli Jawatankuasa (AJK) QUSAC, yang berkongsi perancangan dan visi mereka untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar sepanjang tahun ini. Perbincangan ini juga turut dihadiri oleh Dekan SQS, Profesor Dr. Haslinda Ibrahim, bersama para penjawat SQS lain, yang memberikan pandangan dan idea berharga mengenai aktiviti dan program yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa potensi pelajar. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pelajar, memupuk semangat inovasi, serta menggalakkan mereka untuk terus berkembang dalam pelbagai aspek akademik dan kokurikulum.