Previous Next

Majlis Anugerah Dekan A232 hargai pelajar cemerlang SQS

14 Januari 2025 :  Majlis Anugerah Dekan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif untuk Semester A232 yang diadakan pada 14 Januari 2025, telah berlangsung dengan meriah di Dewan Seminar SQS. Majlis ini bertujuan untuk menghargai kecemerlangan akademik pelajar-pelajar yang berjaya mencapai pencapaian tertinggi dalam pengajian mereka itu.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Prof. Dr. Haslinda Ibrahim sekaligus menyempurnakan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang yang berjaya memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.67 dan ke atas.

Sebanyak 191 pelajar berjaya meraih Anugerah Dekan semester A232, menandakan pencapaian mereka yang luar biasa dalam bidang sains kuantitatif sepanjang semester A232.

Dekan menyatakan amat berbangga dengan kejayaan para pelajar dan berharap pencapaian ini menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus cemerlang dalam bidang akademik. Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf usaha keras mereka, tetapi juga memberi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan-timbalan Dekan, Pengerusi-pengerusi Program, para pensyarah dan staf pentadbiran. Dekan juga dalam ucapan ringkasnya turut memberi penghargaan kepada Pusat Pengajian Sains Kuantitatif atas usaha mereka dalam membangunkan pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi.

Majlis Anugerah Dekan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif ini berakhir dengan sesi bergambar dan diharapkan dapat mencipta kenangan manis kepada semua penerima anugerah pada kali ini.

Sekian.

Disediakan: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif