Jawatankuasa Jaringan Industri dan Komuniti, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah menganjurkan program STEM Challenge bersempena dengan SQS Quantifest 2024. Program separuh hari ini telah berlangsung pada 29 Oktober 2024 di bangunan SQS melibatkan 42 pelajar cilik dari Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Tunku Putri Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ini bertujuan memperkenalkan konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) kepada kanak-kanak melalui aktiviti interaktif dan menyeronokkan.