Kem Intelektual Muda STEM di bawah program Kesedaran dan Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), SciTech4U - STEM Camp MOSTI 2024 telah berjaya diadakan oleh kumpulan perunding dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) pada 5 Nov. 2024. Program ini berjaya menghimpunkan 100 pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman (SMKBBD) Jitra bersama 10 orang guru STEM. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap bidang STEM serta memperkukuhkan pembudayaan STI di Malaysia.