UUM SIntok: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menandatangani Letter of Intent (LoI) dengan Termez State University (TERSU), sebuah universiti terkemuka dari Republik Uzbekistan. Majlis Menandatangani LoI ini diadakan pada 9 November 2024 yang berlangsung di Bilik Mersawa, EDC-UUM bersempena dengan 2024 UUM Global Partnership Dinner.
Majlis Menandatangani LoI ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Naib Canselor UUM dan Encik Abdukodir Toshkulov, Rektor TERSU. Dalam majlis tersebut, turut hadir termasuk Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Penasihat Undang-Undang, Penolong Naib Canselor CAS serta pegawai-pegawai lain. Manakala pihak TERSU, selain Rektor, turut hadir ialah Encik Togaev Gafur, Timbalan Rektor, dan Encik Khayrulla Toshkulov.
LoI ini ditandatangani di bawah Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), di mana Prof. Madya Dr. Syariza Abdul Rahman, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa SQS, turut hadir mewakili Dekan SQS. Sehingga kini, SQS telah pun mempunyai hubungan kerjasama dengan beberapa universiti dari Uzbekistan, termasuk Tashkent International University of Financial Management and Technologies (TIFT) dan Tashkent State University of Economics (TSUE).
Selesai tandatangani LoI, SQS dan TERSU telah mengadakan perbincangan berkaitan peluang mengadakan kerjasama aktiviti seperti program mobiliti untuk staf dan pelajar serta program akademik antara dua (2) universiti dalam bidang sains kuantitatif.
Kerjasama ini membuka peluang untuk kedua-dua universiti menjalin hubungan yang lebih erat dalam bidang akademik, penyelidikan, dan pertukaran pengetahuan, serta meningkatkan lagi rangkaian global UUM dalam sektor pendidikan tinggi.
Disediakan: Haslida Ismail - Pusat Pengajian Sains Kuantitatif