Sintok UUM: Intel Penang telah mengadakan lawatan kerjasama dengan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 14 Oktober 2024. Lawatan ini dihadiri oleh Dr. Quah Hock Soon, Encik Lee Kok Peng, dan Puan Fatihah Sakari, yang merupakan alumni SQS. Dalam lawatan tersebut, turut diadakan penyerahan Anugerah Kecemerlangan Intel dan sumbangan wang tunai yang diterima oleh Dekan, Prof. Dr. Haslinda Ibrahim untuk disampaikan semasa majlis Konvokesyen UUM Ke-37 yang bermula 10 -14 November 2024.
Intel telah menyumbangkan anugerah ini sejak konvokesyen Ke-28, yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan antara industri dan akademik. Komitmen Intel ini menunjukkan sokongan padu terhadap pengembangan bakat pelajar, khususnya dalam bidang sains kuantitatif di Malaysia, serta memberi impak positif kepada kemajuan pendidikan negara.
Dekan berharap hubungan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan agar dapat menyuntik semangat pelajar untuk terus menimba ilmu dan mengembangkan bakat supaya dapat dipraktikan di alam pekerjaan.
Disediakan oleh: Haslida Ismail