Previous Next

BENGKEL: TIPS AND TRICK TO BOOST VISIBILITY ON LINKEDIN

Satu bengkel bertajuk "Tips & Trick to Boost Visibility on LinkedIn" telah diadakan pada 3 September 2024 (Selasa) pukul 9 pagi di Bilik Beta, SQS (perubahan tempat kerana masalah penghawa dingin di BSG). Pengisian program ini telah disampaikan oleh Ts Dr Mathivannan Jaganathan, yang merupakan pakar dalam bidang jaringan profesional.

LinkedIn merupakan suatu platform media sosial yang bermanfaat bagi para profesional, dengan kelebihan seperti membangunkan rangkaian profesional dimana LinkedIn membolehkan pengguna berhubung dengan rakan sekerja, majikan, dan profesional dalam industri yang sama. Selain itu, antara kelebihan lain LinkedIn adalah seperti yang dinyatakan oleh Ts Dr Mathivannan Jaganathan iaitu mempertingkatkan profil diri dan juga meningkatkan kredibiliti dengan berkongsi artikel dan pandangan, serta dapat membina reputasi sebagai pakar dalam bidang yang kita ceburi.

Hasil daripada bengkel ini, peserta mendapat tips praktikal tentang cara mengoptimumkan profil LinkedIn mereka, menarik lebih banyak perhatian, serta memanfaatkan platform ini dengan sebaik mungkin disamping memperluas jaringan professional mereka.

Pengelola: JK Seminar, Latihan dan Modal Insan