MINGGU SUAI KENAL SQS SESI A241

Picture1

Sintok — Pada 2 Oktober 2024, Slot bersama Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) sempena minggu suai kenal bagi sesi A241 telah diadakan di Dewan Seminar SQS, yang dihadiri oleh seramai 135 pelajar baharu daripada program: 1) Matematik Pemutusan dan Data Analitik, 2) Matematik Perniagaan, 3) Statistik Industri. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Dekan SQS, Prof Dr Haslinda Ibrahim, beserta barisan penjawat dan pensyarah SQS. Satu sesi taklimat berkenaan program pengajian telah diadakan, diikuti dengan aktiviti interaktif yang membolehkan pelajar berkenalan dengan pensyarah dan rakan-rakan baru melalui sistem mentor-mentee.  Selain itu, acara cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan sesi tersebut yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dan Alumni, SQS bersama Majlis Perwakilan Pelajar, SQS.

Semasa ucapan aluan Dekan SQS, Prof. Dr. Haslinda Ibrahim menyatakan bahawa pihak SQS akan memastikan semua pelajar merasa diterima dan teruja untuk memulakan pengajian mereka. Beliau menekan bahawa pembelajaran di universiti adalah berpusatkan pelajar dengan menggalakkan penyertaan aktif dalam kelas bagi meningkatkan kemahiran berfikir pada aras tinggi dan secara kritis. Beliau turut berkongsi maklumat kadar kebolehpasaran graduan SQS yang mencapai 93 peratus yang menunjukkan pencapaian cemerlang graduan SQS berjaya diterima bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan.  

Sesi ini diteruskan dengan perjumpaan pelajar bersama mentor masing-masing untuk penerangan terperinci berkaitan struktur program, pembelajaran di UUM dan sebagainya agar pelajar baharu dapat memulakan semester dengan semangat yang tinggi dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran akademik yang menanti mereka.

Picture2

Picture3

Picture4