Previous Next

UUM Case Study Grant Scheme (CSGS) Briefing and Sharing Session

23 September 2024 : Jawatankuasa Penyelidikan dan Perundingan SQS dengan sokongan padu Pengurusan SQS telah mengambil inisiatif membudayakan aktiviti penyelidikan berbentuk kajian kes di kalangan staf akademik SQS dengan menganjurkan sesi perkongsian Skim Geran Kajian Kes Universiti Utara Malaysia (UUM CSGS) yang ditawarkan oleh Pusat Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan (PKKPK) UUM.

Selain membudayakan penyelidikan di SQS, staf akademik turut dibantu bagi memenuhi KPI tahunan penyelidikan masing-masing, sekaligus menyumbang kepada KPI tahunan penyelidikan SQS dan UUM. Perkongsian ilmu ini telah berlangsung baru-baru ini secara atas talian yang dihadiri seramai 40 staf akademik SQS.

Penceramah yang dijemput ialah Prof. Madya Dr. Narentheren a/l Kaliappen selaku Pengarah PKKPK dan Dr. Noor Amalina Matt Yusof selaku Timbalan Pengarah PKKPK. Manakala ahli panel lain terdiri daripada Prof. Madya Dr. Shafini Mohd Shafie (penerima CSGS 2024, Research Case) dari STML, dan Dr. Munirah Khamarudin (penerima CSGS 2024, Teaching Case) dari SBM. Moderator ialah Prof. Madya Dr. Norazura Ahmad (penerima CSGS 2021) dari SQS. 

Pihak Pengurusan mengharapkan dengan perkongsian ini dapat meningkatkan bilangan staf akademik SQS yang memohon Skim Geran Kajian Kes UUM yang kebiasaannya akan ditawarkan oleh PKKPK UUM pada awal setiap tahun.