Previous Next

SQS terima lawatan penandaarasan University of Santo Tomas, Filipina

Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah menerima lawatan penandaarasan dari University of Santo Tomas (UST), Filipina dalam bidang matematik, statistik dan fizik selama lima hari bermula 16 September lalu.

Dekan SQS, Prof Dr Haslinda Ibrahim berkata, UST merupakan rakan MoU SQS sejak 29 Disember 2022.

Kedatangan UST yang diketuai oleh Prof. Dr Maria Carlota Decena bersama sembilan wakil lain turut menyertai persidangan antarabangsa anjuran SQS iaitu the ‘8th International Conference on Quantitative Sciences and its Applications’ (ICOQSIA 2024) pada 17 dan 18 September lalu di EDC UUM.

Dr. Haslinda berkata, sepanjang lawatan penandaarasan, mereka telah dibawa meninjau fasiliti yang terdapat di SQS termasuk bilik kuliah pintar, makmal komputer dan projek akuaponik.

Selain itu, menurutnya, delegasi UST juga turut dibawa ke Anjung Tamu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, U-Assist dan Muzium UUM.

Katanya, mereka juga turut teruja dengan fasiliti yang disediakan oleh UUM bagi menjamin keselesaan pelajar, di samping persekitaran yang cantik dan kondusif.

Antara agenda lawatan penandaarasan UST ke SQS adalah berkaitan program akademik ‘dual degree’, program mobility berkredit dan tidak berkredit, kerjasama dalam penyelidikan dan penerbitan serta pengurusan risiko di UUM.

Segala persetujuan yang dicapai dari lawatan penandaarasan ini akan membuahkan kolaborasi yang lebih baik bagi kedua-dua belah pihak.

Dekan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penjawat, jawatankuasa MoU, Jawatankuasa ICOQSIA dan staf pentadbiran yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas komitmen untuk menjayakan lawatan penandaarasan ini.