Previous Next

TSUE, UZBEKISTAN DAN SQS JALIN KERJASAMA DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Tashkent State University of Economics (TSUE), Uzbekistan merupakan rakan Memorandum Persefahaman (MoU) dan kerjasama tersebut diperkuatkan lagi dengan pelantikan empat pensyarah dari TSUE sebagai penyelidik lawatan mulai 16 hingga 30 September 2024.

Dekan SQS, Prof Dr. Haslinda Ibrahim kerjasama antara dua hala dalam penyelidikan mampu mengukuhkan hubungan antara UUM dan Uzbekistan terutamanya dalam bidang kuantitatif.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh penyelidik dari TSUE ini mengadakan kerjasama penyelidikan bersama kumpulan penyelidik SQS iaitu Prof. Dr. Haslinda Ibrahim, Dr. Habibulla Ahadkulov, Dr. Teh Yuan Ying dan Dr. Ibrahim Sulaiman.

Selain itu, dua sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh delegasi TSUE iaitu Prof. Madya Dr. Alladustov Shukhrat yang bertajuk “Data Sciences Innovation: Driving Academic and Research Synergies for 4IR” dan Prof. Dr Muminov Zahriddin menyampaikan ceramah bertajuk “Transforming Quantitative Research via SQS and TSUE Collaboration”.