SINTOK: Zon 2 EKSA telah berkolaborasi bersama Balai Bomba Bukit Kayu Hitam dan Jabatan Pengurusan Risiko Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan aktiviti kesedaran Kecemasan dan Kebakaran dan ‘Fire Drill’.
Umum sedia maklum, aktiviti fire drill ini mampu memberi kesan baik kepada kemahiran secara langsung tentang tatacara untuk tindakan jika berlaku kecemasan dan kebakaran di persekitaran termasuk menggunakan laluan kecemasan, peralatan pemadam kebakaran, alternatif peralatan bersesuaian dan lain-lain.
Ketua Zon 2, Prof Dr. Muhammad Fuad Othman yang juga Pengarah Pusat ASASI berkata, aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersifat berterusan dan akan dijalankan setiap tahun.
Menurutnya, semua staf perlu bijak dalam penggunaan peralatan untuk memadamkan kebakaran dan belajar kaedah yang bersesuaian.
“Aktiviti fire drill, kesedaran latihan kecemasan dan kebakaran ini turut meraih pujian daripada Balai Bomba Bukit Kayu Hitam kerana warga jabatan daripada Zon 2 terlibat secara langsung dan proaktif dalam semua aspek termasuk menjawab tatacara kecemasan dan kebakaran,” katanya.
Di samping itu juga, latihan Kecemasan dan Kebakaran ini juga merupakan aktiviti EKSA Zon 2 yang melibatkan pusat pengajian dan pusat tanggungjawab seperti SMMTC, SCIMPA, STML, SQS, SLCP, Pusat ASASI, Anjung Tamu dan Jabatan Keselamatan UUM.
Latihan kemahiran dan aktiviti fire drill ini turut memenuhi keperluan aktiviti Risiko dan OSHA yang diperlukan oleh setiap kalangan staf di pusat tanggungjawab.
Penglibatan hampir 220 staf UUM meliputi staf akademik dan pentadbiran, pelajar UUM serta lebih 20 staf pembersihan dari UPSB turut dilibatkan dalam aktiviti latihan Kecemasan dan Kebakaran ini memberi impak yang sangat positif.
Dr. Adzira Husain dari Pusat Pengajian SCIMPA merupakan salah sorang peserta yang telah berdemonstrasi kebakaran menyatakan hasrat dan harapan agar latihan kecemasan tidak cukup untuk satu hari, latihan kesedaran dan kebakaran ini perlu diadakan tiga hari kepada semua staf agar kemahiran dapat diaplikasi kepada semua staf di Zon 2 ini.
“Kebakaran ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua kita berada, maka sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersedia dari semasa ke semasa,” katanya.
Sesi penilaian, taklimat dan penerangan tatacara memadam api disampaikan oleh ketua pasukan iaitu Pegawai Bomba Kanan II, Zaizatulniza Razali bersama-sama sepuluh pegawai dari Balai Bomba Bukit Kayu Hitam yang memberi taklimat, menilai dan memberi latihan tatacara keselamatan dan kebakaran di ruang hadapan bangunan SMMTC.