Previous Next

DR. SUZILAH ISMAIL SQS KINI PROFESOR PENUH

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan telah menyampaikan watikah kenaikan pangkat kepada Prof. Dr. Suzilah Ismail yang dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor (VK7) di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, pagi tadi.

Dr. Suzilah merupakan profesor di Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) dan lantikan tersebut berkuat kuasa pada 3 Julai lalu.

Hadir sama, Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti.