28 Mei 2024: Majlis Anugerah Dekan SQS semester A222 dan A231 pada 28 Mei 2024 lalu sangat meriah disambut bersama Majlis HiTea (Glitz & Glam) di Hotel EDC UUM yang dianjurkan Oleh Persatuan Sains Kuantitatif (QUSAC).
Disamping mendapat anugerah dekan pelajar juga turut mempersembahkan bakat seni masing-masing. Tidak ketinggalan para pensyarah SQS turut meraikan kecemerlangan akademik pelajar dengan dendangan lagu secara live band.
Dekan, Prof. Dr Haslinda Ibrahim mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Dekan. Diharapkan kecemerlangan ini akan terus berkekalan hingga tamat pengajian.
Program ini memberikan peluang kepada para pelajar dan staf SQS untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain serta majlis yang berprestij ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan sijil anugerah dekan yang amat bermakna kepada mereka. Seramai 136 para pelajar dan 20 pensyarah meraikan majlis ini.
Majlis Anugerah Dekan dan Hi Tea ini memberikan pelbagai manfaat dan hasil yang positif kepada pelajar dan juga kepada staf- staf akademik secara keseluruhan. Ia bukan sahaja mengiktiraf pencapaian akademik pelajar tetapi juga membentuk motivasi, keterampilan sosial, dan peluang jaringan yang berharga bagi masa depan mereka.