11 Mac 2024 : Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah menerima jerayawara dari pasukan Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) pada 11 Mac 2024 untuk memperkenalkan dan menjelaskan peranan PPKKG sebagai pusat untuk membantu membangunkan potensi pelajar dari aspek mental, fizikal dan spiritual melalui program dan aktiviti secara kurikulum formal ataupun tidak formal.
Jerayawara telah diwakili oleh Dr. Fikriyah Abdullah, Pengarah dan diiringi oleh pegawai-pegawai dari PPKKG. SQS disyorkan agar dapat bekerjasama dengan PPKKG untuk menghantar pelajar menjalani latihan selama 2 semester secara online sebelum menjalani latihan industri. Pelajar SQS boleh merebut peluang ini untuk menjalani latihan bersama 10 syarikat korporat yang terkenal. UUM mendapat ilham daripada School of Hard Knock sebagai penandaaras bagi merealisasikan program ini.
Dalam pembentangan, pihak PPKKG memaklumkan bahawa peratus kebolehpasaran graduan di SQS adalah 92.2% bagi tahun 2023. Ini menunjukkan prestasi graduan SQS adalah berdaya saing seperti graduan dalam bidang-bidang lain.
Pihak Pusat Pengajian Sains Kuantitatif dihadiri oleh Prof. Dr Haslinda Ibrahim, Dekan; Dr. Sahubar Ali Mohamed Nadhar Khan,Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni; Prof. Madya Dr. Syariza Abdul Rahman, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa; Pengerusi-pengerusi program dan Penolong Pendaftar.