Previous Next

"KEMBARA IPG ENSTEK NILAI KE BUMI SINTOK”

27 NOVEMBER 2023:  Pusat Pengajian Sains Kuantitatif baru-baru ini telah menerima lawatan “Kembara IPG” bersama delegasi IPG Bandar Enstek Nilai. Delegasi seramai 30 orang pelajar dan 2 orang guru telah bertandang ke Anjung tamu sebagai destinasi wajib di lawati kerana ianya tempat pelawat boleh mendapatkan maklumat umum mengenai kampus Universiti Utara Malaysia.  

Setelah itu, para delegasi dibawa ke SQS bagi sesi pengenalan kepada akuaponik yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Farizal Rajemi dan seterusnya Prof. Dr. Haslinda Ibrahim menerangkan lebih mendalam tentang akuaponik dan Science,Technology, Engineering, Mathematics (STEM). Melalui program ini, mereka dapat mempelajari sistem penternakan ikan (akuakultur) dan tanaman (hidroponik). Akuakultur adalah ternakan ikan air tawar manakala hidroponik adalah kaedah pertanian berasaskan air. Akuakultur dan hidroponik mempunyai masalah tersendiri dan dengan menggunakan kaedah akuaponik, kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan secara serentak dan lebih produktif dalam pengeluaran hasil pertanian dan ternakan air tawar.

Selepas itu, taklimat mengenai Post Graduate Studies pula telah disampaikan oleh Dr. Mohamad Shukri Abdul Hamid bagi menarik minat delegasi untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di UUM. Pada sebelah petang, para delegasi dibawa melawat projek anggur, projek lobster dan akuaponik berskala besar di Jitra yang diiringi oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Mat Yusuf.