30 Oktober 2023 : Dalam menghadapi cabaran kehidupan sebagai mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM), bukanlah senang seperti apa yang boleh dilihat dengan mata kasar oleh masyarakat luar, tetapi banyak yang mereka perlu tempuhi sebelum bergelar graduan UUM. Begitu juga dengan warga UUM termasuklah staf akademik dan staf pentadbiran yang dibebani oleh kerja yang banyak. Kekuatan fizikal dan mental yang sihat dan stabil memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi seseorang pelajar atau pekerja. Ada sesetengah pelajar atau staf UUM sendiri, berfikiran secara berlebihan dan ini boleh menggangu kualiti kehidupan mereka. Apabila terlalu banyak berfikir khususnya perkara negative, ia akan memberi tekanan dan seterusnta boleh menyebabkan serangan kegelisahan (anxiety).
Menyedari kepentingan kesihatan emosi dan mental pelajar dan staf UUM, Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (JKKP SQS) telah mengadakan satu ceramah yang berkaitan “Aku ni anxiety atau overthiking” yang mungkin dialami oleh pelajar-pelajar dan staf UUM. Ceramah ini telah dijalankan pada 30 Oktober 2023 bertempat di Dewan Seminar SQS. Ceramah disampaikan oleh Puan Sabasiah Husin dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia. Beliua juga merupakan seorang kaunselor yang berdaftar.
Dalam ceramah tersebut, penceramah banyak membantu peserta dengan cara berkomunikasi dua hala di mana peserta perlu menyatakan apa overthinking yang selalu mereka fikirkan sehingga boleh membawa kepada tekanan atau anxiety. Seterusnya penceramah memberikan alternatif cara untuk mengatasi masalah anxiety yang dihadapi. Keseronokan jelas terpancar di dalam hati para peserta dengan cara dan kaedah yang dilakukan oleh penceramah.
Jawatankuasa mendapati program ini dapat membantu pelajar dan staf UUM mengenalpasti yang mana satu anxiety dan overthinking serta cara mengatasinya. Jawatankuasa juga bercadang untuk kembali menjemput Pn Sabasiah bagi siri ceramah kesihatan pada masa akan datang.