27 September 2023 : Salah satu senario terburuk yang boleh berlaku semasa hari kerja adalah kebakaran di tempat kerja. Walaupun sesetengah kebakaran di tempat kerja tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan penghuni bangunan, namun sesetengah kebakaran dapat dicegah. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui ilmu pengetahuan mengenai langkah-langkah yang sewajarnya diambil andai berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran adalah sangat penting bagi setiap individu. Perkara ini dapat mengurangkan risiko kecederaan dan juga dapat menyelamatkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Atas kesedaran ini, Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP) di bawah Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS-UUM) mengambil inisiatif untuk mengadakan satu latihan kebakaran kepada semua warga SQS dan sedikit perkongsian ilmu pencegahan kebakaran di tempat kerja dengan kerjasama Jabatan Bomba dari Cawangan Bukit Kayu Hitam (BKH), pada 27 September 2023.
Bomba BKH yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan, En Ahmad Fisol telah memberikan sedikit tips pencegahan kebakaran di tempat kerja dan langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya terdengar loceng kecemasan dibunyikan. Staf di ingatkan agar tidak terlalu panik dan cemas ketika bergerak menuju ke signage tempat berkumpul kecemasan. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Selain itu, En Ahmad Fisol juga telah menunjukkan demonstrasi memadam kebakaran menggunakan pemadam yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan UUM.
Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan, SQS UUM, Dr. Mohd Saiful Adli Mohamad, berkata, program ‘fire drill’ itu perlu di adakan sekali dalam setahun bagi membiasakan diri staf SQS sekiranya berlaku kebakaran di bangunan SQS-UUM.
Lebih kurang 58 orang staf SQS dan staf STML telah menyertai program ini dengan jayanya. Beberapa orang staf telah mencuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api yang telah disediakan. Latihan seperti ini perlu diadakan agar staf SQS tahu cara penggunaan alat pemadam api dengan betul sekira berlakunya kebakaran di SQS.