04 Oktober 2023 : Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) Universiti Utara Malaysia telah menerima satu lawatan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wilayah Utara baru-baru ini. Delegasi KWSP diketuai oleh Encik Mohd Majdy Haji Mohd Said.
Pertama sekali, delegasi KWSP telah dibawa ke Anjung Tamu UUM bagi mendapatkan penerangan ringkas tentang kampus UUM dan persekitarannya. Setelah selesai lawatan di Anjung Tamu, delegasi KWSP telah dibawa ke SQS untuk mengadakan perbincangan tentang potensi kerjasama yang bakal dimeterai diantara UUM-KWSP.
Melalui perbincangan yang dijalankan, pihak KWSP telah memilih UUM kerana meletakkan UUM sebagai sasaran berfokus kepada mahasiswa dan kakitangannya. Disamping memperkasa literasi kewangan dikalangan warga UUM, tujuan kedatangan delegasi KWSP adalah untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada golongan mahasiswa dan memperkasa usaha melestarikan tanggungjawab sosial organisasi.
Salah satu saranan pihak KWSP kepada semua warga kakitangan UUM adalah mendaftar i-Saraan. Pakej I-Saaraan bukan sahaja terbuka kepada warga kerja malah pelajar juga boleh turut mendaftar sebagai langkah awal bagi membina masa depan keselamatan sosial yang progresif. i-Saraan mensasarkan kepada orang bekerja sendiri, golongan tiada pendapatan tetap dan suri rumah. Namun begitu kakitangan sektor awam yang telah diletakkan dalam taraf berpencen juga layak menyertai i-Saraan ini. Selain itu, Pihak KWSP juga memberikan penerangan tentang manfaat yang diperolehi melalui i-Saraan ini. Antaranya Dividen tahunan KWSP, Bantuan Khairat Kematian, dan amaun caruman adalah serendah RM10.00.
Melihat kepada kepentingan maklumat yang perlu disampaikan tentang produk KWSP, pihak SQS telah berbesar hati mempelawa delegasi KWSP untuk turut menyertai “SQS Day 2023” yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Oktober 2023 bertempat di SQS. Dengan penyertaan ini, lebih banyak maklumat akan disampaikan mengenai produk KWSP kepada kakitangan dan pelajar UUM.
Di akhir perbincangan, Dekan dan barisan penjawat SQS amat berterima kasih kepada Encik Mohd Majdy Haji Mohd Said, selaku ketua delegasi KWSP yang juga merupakan alumni UUM beserta delegasinya yang telah banyak memberikan maklumat menarik yang tidak ketahui oleh orang awam sebelum ini.
Sekian.