UUM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TERMEZ STATE UNIVERSITY UZBEKISTAN

UUM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TERMEZ STATE UNIVERSITY UZBEKISTAN

25 Mei 2023 : Termez State University Uzbekistan mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam usaha menjalin kerjasama akademik yang bakal memberi impak positif kepada kedua-dua univerisiti. Mengetuai delegasi, Rektor Termez State University Uzbekistan, Prof. Marakhimov Avazjon; Naib Rektor, Jonuzokov Tulkin Uralovich Ketua Jabatan Algebra dan Geometri, Prof. Dr. Ismail Allakov dan Ketua Jabatan Matematik Gunaan dan Informatik, Prof. Normuradov Chori Begaliyevich.
 
Termez State University adalah salah satu universiti terbesar dan paling berprestij dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar di Uzbekistan. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah UUMIT, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar di Anjung Tamu sebelum dibawa melawat sekitar kawasan kampus dan Galeri UUM. Sejurus selepas itu, sesi taklimat oleh Pengarah UUMIT tentang konsep pendigitalan ‘Virtual Smart Campus’ berkonsepkan ‘digital twin’ untuk platform kolaborasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dibincangkan untuk dilaksanakan bersama Termez State University bagi kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS). Kemudian, taklimat program SQS disampaikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) SQS, Prof. Madya Dr. Ruzelan Khalid dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) SQS, Dr. Sahubar Ali Mohamed.
 
Perbincangan ringkas juga diadakan bersama Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof. Kehadiran delegasi turut diraikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Shahimi Mohtar di Manager’s Coffee. Pada pertemuan itu, kedua pihak sedia menjalin usahasama untuk mengadakan kerjasama dalam program SQS, program IBS dan ‘Digital Twin Concept for HyFlex Courses’ di SQS, sekali gus merapatkan hubungan antara dua universiti demi manfaat bersama di masa hadapan.
 
Hadir sama, Pegawai Tadbir UUMIT, Lt. Kol. Mohamad Ezanee Yazid serta Ketua Delegasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Ir Dr. Anuar Mat Safar.