KACAU BUBUR LAMBUK SAMBIL TINJAU PERIUK SEBELAH

KACAU BUBUR LAMBUK SAMBIL TINJAU PERIUK SEBELAH

4 APRIL 2023 :  Bubur lambuk Sri Sintok merupakan menu berbuka puasa yang menjadi sebutan ramai bukan sahaja di Universiti Utara Malaysia (UUM) malah penduduk sekitar. Bersempena Ramadan Al-Mubarak, kakitangan UUM dari pelbagai jabatan bergotong-royong menyediakan juadah bubur lambuk. Justeru, Kelab Kebajikan SQS tidak melepaskan peluang turut serta menyediakan bubur lambuk dengan bantuan petugas Pusat Islam.

Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan SQS dan dapat juga beramai-ramai memeriahkan gotong-royong bersama jabatan lain. Program ini juga seiring dengan saranan pengurusan Universiti supaya warga kampus sentiasa menjalin hubungan yang baik sesama kakitangan dan masyarakat setempat. Bukan sahaja dapat bertemu rakan-rakan lama, masing-masing juga dapat membantu menyediakan bubur lambuk sesama jiran periuk sebelah. “Sambil kacau periuk sendiri, pakat tinjau periuk orang” periuk mana yang masak dulu, namun begitu, resepi tetap sama.