PERTEMUAN BERSAMA AJK DPMM KEDAH

PERTEMUAN BERSAMA AJK DPMM KEDAH

08 Januari 2023 : Pejabat DPMM Kedah menerima kunjungan daripada Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) Universiti Utara Malaysia (UUM). Kunjungan deligasi dari UUM ini disambut oleh barisan AJK Dewan yang di ketuai oleh YDP, Datuk Mohd Zayad b Md Ismail.
 
Tujuan kunjungan adalah bagi membincangkan potensi kerjasama antara UUM dan DPMM Kedah dalam mewujudkan jaringan industri bagi memperkukuhkan fungsi perkongsian dan penyebaran ilmu di antara universiti dan industri untuk kebaikan masyarakat perniagaan dan pembangunan penyelidikan. Pihak SQS, UUM juga ada menyampaikan hasrat untuk mengadakan pertemuan susulan bagi membincangkan lebih teperinci bentuk kerjasama yang boleh dijalankan di antara kedua-dua pihak. DPMM Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada SQS UUM kerana sudi berkunjung ke pejabat DPMM Kedah.
 
Turut hadir ke program tersebut adalah Prof. Madya Dr. Mohd Kamal Mohd Nawawi - Dekan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), UUM, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Omar - Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, UUM dan Prof. Madya Dr. Norazura Ahmad - Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) SQS, UUM.