SQS MENERIMA PELAJAR BARU | SEMOGA TERUS MENGGENGGAM KEJAYAAN

SQS MENERIMA PELAJAR BARU | SEMOGA TERUS MENGGENGGAM KEJAYAAN

SQS NEWS: 4 September 2018 merupakan hari bersejarah bagi pelajar-pelajar baru UUM Semester Petama, Sesi 2018/2019 mendaftar diri di Universiti Utara Malaysia. Maka bermulalah episod baru bagi pelajar-pelajar yang terpilih untuk meneroka ilmu di menara gading. Satu program penting yang disisipkan dalam Minggu Suaikenal 2018/2019 kali ini adalah program bersama Pusat Pengajian. Program ini telah diadakan pada 5 September 2018 selama sehari memberi input akademik untuk para pelajar baru program Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Pemutusan), Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Statistik Industri) dan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Perniagaan).

Terdahulu  Prof. Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya sebagai Dekan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, telah memberikan ucapan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke Pusat Pengajian Sains Kuantitatif. Setelah itu, beberapa aktiviti ‘ice-breaking’ seperti sesi gaya 'brain gym' dengan lagu pembakar semangat, Gemuruh, 'game'  Kahoot dan juga kuiz versi ‘storytelling’ serta motivasi telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dan Alumni SQS untuk menaikkan semangat dan minat pelajar ditempat baru. Cabutan bertuah juga turut dijalankan secara santai.

Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan taklimat akademik yang disampaikan oleh Dr. Jafri Zulkepli Hew, Penyelaras Program Sains Pemutusan. Setelah itu, kesemua pelajar diagihkan kepada mentor yang telah dilantik mengikut program masing-masing. Ketika sesi bersama mentor, pelajar dapat saling berkenalan dan mendapat maklumbalas tentang masalah akademik yang dihadapi jika ada.

Program sehari ini diakhiri dengan sesi  bersama Alumni SQS yang dimulakan dengan tayangan tiga video dari alumni SQS. Kemudian Dr. Nurakmal Ahmad Mustaffa, pensyarah SQS yang juga merupakan alumni SQS berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi pelajar di Pusat Pengajian Sains Kuantitatif ini dan memberikan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan untuk menjadi pelajar cemerlang. Beliau yang juga mempunyai pengalaman lebih lima tahun di industri luar dan merupakan Fellow CEO@Faculty musim pertama di Maybank, berkongsi pengalaman bekerja di industri. 

Sebagai tambahan, pemenang pertandingan swafoto/tunafoto juga diumum dalam slot ini yang mana pertandingan ini merupakan satu inisiatif bagi mengalakkan pelajar baru ‘like’ media rasmi SQS. 

Pelajar-pelajar baru ini telah mengikuti Minggu Suaikenal sehingga 7 September 2018 dan mereka menghadiri kuliah yang pertama bermula 10 September 2018.

Semoga terus mengenggam kejayaan Bersama SQS.Insyaallah.

pelajar baru 1

 pelajar baru 2

 Klik untuk lihat album gambar.

Penulis:  Nor Intan Sulaiman
Gambar: Norhayati Yusof