PROGRAM CERIA MERDEKA 'SQS GO CLEAN'

PROGRAM CERIA MERDEKA 'SQS GO CLEAN'

SQS, 29 Ogos: Jawatankuasa Keceriaan dan Keselamatan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan Staf SQS, UUM CAS telah mengadakan program gotong-royong ceria merdeka “SQS Go Clean” pada 29 Ogos 2018 yang lepas bertempat di bilik tutorial (BT), Dewan Seminar (Blok B), dewan peperiksaan(DP) serta Dataran Al-Batani di SQS UUM. Kesemua staf SQS telah diagihkan tugasan masing-masing. Ini adalah untuk memastikan bilik kuliah dan juga kawasan sekitar bilik-bilik kuliah SQS bersih dan sedia untuk menerima pelajar baru mahupun pelajar senior. Dalam program gotong-royong ini juga, pihak SQS telah berjaya menanam pokok -pokok herba. Di samping berbudi pada tanah, program ini juga dapat mendidik staf SQS khususnya untuk sentiasa menjaga dan menyayangi kawasan persekitaran bilik kuliah serta alam sekitar dalam mendisiplinkan kendiri.

Antara tumbuhan yang ditanam adalah pokok kunyit, pokok lada benggala, daun belalai gajah serta tumbuhan herba lain. Seramai lebih 60 orang staf SQS yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran turut serta dalam program ini yang bermula pada 9.00 pagi dan berakhir dengan jamuan makan tengahari.

sqs go clean

Penulis:  Nor Intan Sulaiman
Gambar: Nur Athirah Ariffin