PHD STUDENT MOBILITY FROM ALGERIA , ENSSEA

PHD STUDENT MOBILITY FROM ALGERIA , ENSSEA

06 Mac 2023 :  Pusat Pengajian Sains Sains Kuantitatif (SQS) Universiti Utara Malaysia telah menerima kunjungan pelajar Ph.D daripada High School of Statistics and Applied Economics (ENSSEA), Algeria bermula 3 - 12 Mac 2023. 

Program ini juga merupakan salah satu pengisian bagi aktiviti MoU yang telah dimeterai pada 23 Jun 2022 sehingga 22 Jun 2025.  SQS dan ENSSEA telah berkolaborasi sejak tahun 2017 melalui program mobiliti tidak berkredit ini.

Sepanjang keberadaan pelajar di UUM, mereka diberi peluang bersama pelajar tempatan berkongsi pengalaman pembelajaran dan pengajaran di universiti masing-masing. Pelajar juga dibawa melihat keindahan kampus seperti Anjung Tamu, Muzium Pengurusan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan Pusat Sukan.

Pelajar turut dibawa melihat Pokok Tiga Beradik sebagai salah satu pengisian Program Nature Tour bersama staf SQS.

Pelajar ditempatkan di Inasis Maybank bagi merasai pengalaman tinggal di penginapan pelajar bersama pelajar yang lain dan berinteraksi dengan pelajar antarabangsa. 

Mereka juga telah dihidangkan dengan berbagai jenis makanan dan amat menyukai Nasi goreng kerana ia mempunyai rasa yang unik dengan pelbagai bahan yang digunakan dalam hidangan ini memberikan citarasa yang unik yang tidak terdapat di negara mereka. Mereka juga dibawa melawat ke Pekan Rabu dan dapat mengenali serta merasai pelbagai jenis kuih tradisional.

Secara keseluruhannya, program mobiliti pelajar antarabangsa ke UUM adalah satu pengalaman yang bermanfaat untuk memperluaskan pengetahuan pelajar mengenai sistem pendidikan dan budaya Malaysia.