Bengkel Penulisan 2.0: Siap & Terbit 2018

SINTOK, 14-15 Oktober: Bengkel Penulisan: Siap dan Terbit 2018 siri kedua anjuran Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan dan Inovasi (JK3P), Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), dengan kerjasama RIMC, UUM telah diadakan dengan jayanya di Hotel EDC UUM yang mana melibatkan seramai 35 orang staf akademik SQS. Melalui penganjuran bengkel seumpamanya buat kali kelima ini, JK3P berperanan secara langsung membantu staf SQS untuk menghasil dan meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan berbentuk artikel, buku, bab dalam buku dan laporan penyelidikan. Bengkel penulisan ini dimulakan dengan perkongsian ilmu daripada Prof. Dr. Haslinda Ibrahim berkaitan pengalaman beliau sendiri dalam penghasilan “Research Book”. Pada sesi seterusnya semua peserta meneruskan aktiviti penulisan dan melakukan perancangan akhir proses penerbitan.  Pada sesi terakhir bengkel, semua peserta telah mengemaskini kemajuan penerbitan masing-masing kepada sekretariat JK3P untuk pemantauan dan proses ini akan dilakukan secara berkala sehingga penerbitan berjaya dihasilkan.

Turut hadir ialah Dekan SQS, Prof. Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya, Timbalan Dekan SQS, Dr. Nerda Zura Zaibidi dan Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, Prof. Dr. Razamin Ramli. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dan memperolehi komen yang positif daripada peserta.

Semoga penganjuran bengkel ini akan membantu pencapaian SQS dalam penerbitan seterusnya menggalakkan pembudayaan aktiviti penulisan di kalangan staf akademik.

Penulis:  Nor Intan Saniah Sulaiman