BENGKEL PENULISAN: SIAP & TERBIT 2018

KANGAR, 9 - 7 Julai: Bengkel Penulisan: Siap dan Terbit 2018 anjuran Jawatankuasa 3P (Penyelidikan,Penerbitan dan Perundingan), SQS dengan kerjasama RIMC, UUM telah dijalankan dengan jayanya di Hotel Regency Kangar. Melalui penganjuran bengkel buat kali ketiga ini, Jawatankuasa 3P berperanan membantu staf SQS menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang penulisan untuk penerbitan. 

Bengkel ini melibatkan 30 orang staf akademik SQS. Turut hadir ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif iaitu Prof. Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, Prof. Madya Dr. Razamin Ramli, dan Prof. Dr. Engku Muhammad Nazri Engku Abu Bakar, Pengarah School Center of Excellence (SCOE), SQS.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya memperolehi komen yang sangat positif daripada peserta yang hadir. Semoga mereka berjaya menghasilkan penerbitan di jurnal berimpak tinggi, buku, proposal penyelidikan atau laporan akhir penyelidikan.

Klik untuk lihat album gambar.

 

Penulis: Intan Sulaiman & Norhayati Yusof
Gambar: Fazillah Kamal