Kunjungan Kerjasama dan Perbincangan Kajian Impak Indikator Daya Saing

SQS, 31 Jan: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah menerima kunjungan kerjasama daripada Bahagian Produktiviti & Pembangunan Daya Saing (Productivity & Competitiveness Development Divison), Malaysia Productivity Corporation (MPC), Petaling Jaya.

Delegasi ini diketuai oleh En. Zaffarulla Hussien selaku Pengurus Kanan, diiringi oleh En. Mohammad Khairul Hakimin dan Cik Siti Rohana Rubaidi. Lawatan kerjasama ini turut disertai En. Khairil Anuar Amir Hamzah, Pengurus Bahagian daripada Malaysia Productivity Corporation, Wilayah Utara. Delegasi disambut mesra oleh Dekan SQS, Prof. Madya Dr. Mohd. Kamal Mohd. Nawawi, dan Pengarah Institute of Strategic Industrial Decision Modelling (ISIDM), Dr. Ruzelan Khalid.

Objektif lawatan ini adalah sebagai usaha untuk menjalinkan kerjasama dua hala antara pihak MPC dan UUM, khususnya SQS. Sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka di Malaysia, SQS telah mengambil inisiatif untuk menyahut seruan Naib Canselor UUM untuk mempertingkatkan kerjasama bersama industri demi merealisasikan aspirasi knowledge-transfer. MPC memerlukan analisa kepakaran dalam membantu negara memperbaiki taraf hidup rakyat Malaysia dan mempertingkatkan produktiviti. Lawatan kerjasama ini diharapkan sebagai langkah awal untuk hubungan kejasama antara SQS dan MPC dalam pelbagai aspek antaranya penyelidikan, perundingan, mahupun latihan. 

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada kedua-dua pihak. Turut serta dalam perbincangan ini adalah Dr. Rosshairy Abdul Rahman, Ketua Jabatan Sains Pemutusan, Dr. Mohd Faizal Omar, Timbalan Pengarah Tugas-tugas Khas RIMC dan pensyarah SQS iaitu Prof. Madya Dr. Maznah Mat Kasim, Dr. Nurul Nazihah Hawari, dan Dr. Sharmila Karim.

Sekian.