English Malay
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

SQS News Highlight

May 09 2017

KUNJUNGAN MSORSM BUKA PELUANG PEMBANGUNAN KEPAKARAN SQS

MSORSM

SQS ONLINE : Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah menerima kunjungan wakil Management Science/Operations Research Society of Malaysia (MSORSM) pada 4 Mei 2017. Penceramah jemputan yang juga Presiden MSORSM, Prof. Madya Dr. Adibah Shuib telah menyampaikan taklimat berkenaan keahlian dalam persatuan MSORSM dan kelebihan menyertai persatuan ini.

Taklimat yang dihadiri staf akademik dan pelajar SQS berkenaan telah menarik minat terutamanya pelajar untuk menjadi ahli MSORSM kerana kelebihan tertentu seperti dapat menyertai lawatan industri, latihan dan seminar, di samping menambahbaikkan profil atau resume mereka.

Dalam ucapan aluannya, Dekan SQS iaitu Profesor Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya berhasrat agar MSORSM dapat menyediakan data dan direktori kepakaran staf akademik universiti di Malaysia dalam bidang sains kuantitatif dan penyelidikan operasi. Direktori ini boleh digunakan nanti oleh universiti untuk pemilihan pakar, penilai program pengajian, pemeriksa tesis dan penyelidik bersama supaya pemilihan adalah lebih sistematik.

Selain itu, Dr. Adibah juga berkongsi kepakaran beliau dengan membentangkan kertas kerja berkaitan pengoptimuman penjadualan pekerja dalam sektor janakuasa elektrik. Diharapkan dengan adanya roadshow sebegini dapat membantu dan menggalakkan staf dan pelajar untuk bergiat aktif dalam program MSORSM nanti.

Sekian.

Research Highlight

SQS Highlight

  • Picture Gallery
  • Video Gallery
  • Online Services
ICOQSIA2014ICON SQSSCENERY UUMSCENERY
SQSSTUDENTS SQSSTAFF

More on

flickr

SQSCOPRVIDEO UUMCORPVIDEO
AIE 2015
SQSSCENERY
UUMSONG

More on

youtube

 

1-UMIS 2-STAFF-EMAIL 3-STUDENT-EMAIL 4-LEARNINGZONE 5-OBE 7-ONLINE ISO 8-E-COUNSELLING 6-U-ASSIST
9-MYBOX 10-MYUUM 11-MYLAB 12-MYGRANT 13-WEBOPAC 14-ONLINEPAYMENT 15-SERVICEDESK 16-USERMANUALS

SQS Events Calendar