The 3rd Young Researchers’ Quantitative Symposium 2021 (YRQS 2021)

Calendar
Conference
Date
12.01.2021 8:00 am - 5:00 pm

Description

The 3rd Young Researchers’ Quantitative Symposium 2021 (YRQS 2021)

Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), UUM CAS berhasrat untuk menganjur “The 3rd Young Researchers’ Quantitative Symposium 2021” secara atas talian melalui aplikasi Webex. Kaedah secara online dipilih adalah kerana negara kita sekarang berhadapan dengan keadaan yang tidak menggalakkan untuk berkumpul beramai-ramai disebabkan oleh serangan virus covid-19. Simposium ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penyelidik muda di UUM untuk berkongsi hasil penyelidikan dan bertukar pandangan serta idea mereka, disamping memberi peluang kepada peserta untuk meluaskan rangkaian hubungan sesama penyelidik.

Simposium ini adalah merupakan satu wadah bagi para pelajar sarjana muda dan pascasiswazah untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka dan memperoleh input penambahbaikan daripada pakar akademia serta rakan-rakan penyelidik lain. Di samping itu, pelajar juga akan mendapat pendedahan dan pengalaman membentangkan hasil kerja mereka kepada rakan penyelidik serta para akademia.