MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SQS

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SQS

20 MAC 2023 : Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, SQS telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan kepada staf SQS. Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini adalah  untuk memberi perhargaan dan pengiktirafan kepada staf akademik dan pentadbiran yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan komitmen terhadap perkhidmatan serta berpotensi untuk diketengahkan pada masa akan datang.

Majlis ini juga bertujuan untuk membina budaya organisasi yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif serta mengeratkan hubungan silaturahim, semangat bekerjasama, berketrampilan dan muhibah di kalangan semua staf SQS. Anugerah seperti ini juga boleh memupuk emosi dan budaya kepada semua staf untuk menjadi lebih baik, maju dan berkeinginan bersaing secara sihat di kalangan staf. Sebanyak 12 anugerah telah diberikan kepada staf berdasarkan kriteria dan syarat-syarat tertentu.  Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Dekan SQS sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Kamal Mohd Nawawi.