PENASIHAT KERJAYA PELAJAR SARJANA MUDA SQS

PENASIHAT KERJAYA PELAJAR SARJANA MUDA SQS

20 Mei 2022 : Sebuah Program bertajuk Penasihatan Kerjaya Siri 1: Journey To Career (Skills and Knowledge Needed in the Industry) telah berlangsung di bawah anjuran Persatuan Sains Kuantitatif (QUSAC) Universiti Utara Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 2 jam . Seramai 387 peserta telah menyertai program ini. Seramai 5 alumni Pusat Pengajian Sains Kuantitatif telah menyertai program ini sebagai panel jemputan dan telah berkongsi pengalaman mereka bekerja dalam pelbagai bidang industri. Mereka juga telah berkongsi kemahiran dan pengetahuan yang perlu ada sebelum memasuki alam kerjaya. Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab di mana para peserta telah mengajukan beberapa soalan kepada para panel jemputan dan juga sesi fotografi. Akhir sekali, setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Azrie Baqhtiar Bin Kamal Baharin, Encik Eznil Anaz Bin Yusoff, Puan Norimy Mat Isa, Encik Muhamad Azizi Bin Azizan, dan Puan Farhana Binti Rosly kerana sudi menyertai program ini sebagai panel dan berkongsi pelbagai maklumat berkenaan indstri kepada para peserta.