Pembudayaan Integriti Dalam Organisasi

Pembudayaan Integriti Dalam Organisasi

21 Jun 2022 : Satu webinar telah dijalankan di SQS, UUM berkaitan Pembudayaan Integriti dalam Organisasi. Ini telah disampaikan oleh Dr. Sakduddin Zamli, Timbalan Ketua Kluster (M54) daripada Kluster Pembangunan Profesional & Etika,
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Salah satu intipati dan persoalan daripada webinar itu adakah penurunan anak tangga bagi
Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transperancy International, Malaysia  terkait dengan kurangnya pembudayaan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia?. Webinar ini  telah disertai oleh pelbagai peserta daripada dalam UUM dan organisasi luar.