Bengkel Asas Kemahiran Komputer Siri 1: MS Powerpoint

Bengkel Asas Kemahiran Komputer Siri 1: MS Powerpoint

 

Sintok, 24 September 2022 - Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) dan KRT Taman Teja Zon A telah menganjurkan Bengkel Asas Kemahiran Komputer Siri 1: Ms Powerpoint pada 24 September 2022. Bengkel ini yang dikendalikan oleh Dr. Aamir Adeeb Abd. Rahim, pensyarah kanan SQS dihadiri oleh 18 orang murid sekolah rendah dan menengah sekitar Changloon, Jitra dan Alor Setar. Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas kemahiran powerpoint, antaranya cara memasukkan gambar, teks, animasi, video dan cara menyediakan slaid dengan berkesan dan menarik. Sebagai latihan pengukuhan, peserta dikehendaki menyediakan slaid yang menceritakan perihal diri, hobi dan cita-cita dengan menggunakan pengetahuan yang diperoleh semasa bengkel. Ahmad Haziq, 10 tahun, murid SK Dato’ Wan Kembara, yang kali pertama menyertai bengkel seumpama ini begitu teruja dan tekun menyiapkan tugasan yang diberi. Manakala Ainin Sofia, 16 tahun, murid SMK Sultanah Asma menyatakan terdapat ilmu baharu yang diperoleh walaupun pernah menggunakan Ms Powerpoint sebelum ini. Bengkel berakhir dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada semua peserta.